Lunch at Alison’s
Sunday, April 23rd, 2006Pada 22/04/2006, pemuda2 harapan bangsa dr Bara dan Convo telah malakukn sebuah lawatan sulit ke rumah mentor kami, Alison Kitchin. Status lawatan ini diletak sebagai sulit krn ingin melimitkn jumlah peserta supaya tidak membebankn Alison. Atas tujuan yg same, Zaizul turut ditinggalkn oleh kami di Bara utk die utk die muhasabah kesalahan dirinye yg lari mase menguli roti
Jadi, kpd sesiapa yg tidak menerima perkhabaran ttg lawatan ini, pihak kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan.
Dalam rangka lawatan separuh hari itu, ktorg sediakn bbq lunch utk sumorg, dan Alison hanye menyediakn hidangan istimewanye iaitu ‘Pavlova Sedap’, dan ‘Potato Salad Sgt Sedap’. Sebelum mkn, ktorg telah diajak utk menyerabaikn rambut masing2 dgn berada di atas bot laju milik Alison dan Andrew (husband Alison).

Semase beberape kanak2 sdg menikmati pengalaman pertama berada di atas bot laju, Farid dan Turot bergagak dgn tidak menaiki bot sbb derg da pena naik bot tuh last year. So bersiap2 la derg utk berbbq. Kebaikan Alison terserlah apabila die dah siap balutkn tempat bbq tuh dgn al foil utk kegunaan ktorg. Huhu.

Lps msk2 bbq, sampai la mase yg ditunggu2 oleh sumorg…mase makan! Mase mkn, Farid tidak henti2 menerima pujian atas kesedapan ayam yg hanye dimarinate menggunakn marinate yg sedia ade dijual di Woolies. Selain ayam Farid, ‘Potato Salad Sgt Sedap’ yg disediakn Alison juge menjadi tarikan utama pada hari itu.

Lps mkn, dalam kebuncitan perut masing2, ktorg solat kt sebla Lake Macquarie. Tidak sempat perut2 kami kembali ke bentuk asal (bkn kembali leper..sbb perut sumorg x penah leper
), kami sume dihidangkn dgn lg satu hidangan istimewa Alison, ‘Pavlova Sedap’. Lebih menarik kali ini, memandangkn suhu pd hari itu agak sejuk, kami sume berkelah di bawah sinaran matahari yg memancar2

Lepas berpavlova, skali lg, blom sempat perut kembali ke bentuk asal, kami sume dikerah bermain bola sepak bersama anak2 Alison dan rakan2 mereka. Ramai yg mengadu sakit2 perut akibat pavlova dan daging2 bbq yg bergoncang2 di dlm perut semase berlari2. Ble sume dah x mampu menahan kesakitan perut yg disertakn dgn angin2 yg keluar dr laluan2nye, ktrog pon berhenti dan bersolat asar. Lps solat asar, ktorg kemas2, amik2 gamba2 salam2 dan berpulanganlh kami ke tumah masing2.

Akhir kate, terima kasih kepada Alison dan seisi keluarga atas kesudian meminjamkn rumah dan layanan yg diberikan kpd kami. InsyaAllah kami akan dtg lagi ![]()



























































