Archive for October, 2005

Jalan-jalan Sydney.

Wednesday, October 26th, 2005

Pada 26/10/2005, pelajar2 IMS 2005 semuanya kelihatan sangat girang dan gembira daripada hari2 yg sebelumnya. Kegembiraan yg dirasakan adalah kerana hari tersebut merupakan hari yg sgt istimewa kerana kami semua telah dibawa berjalan2 ke Sydney oleh Alison. Tujuan excursion kai ini adalah untuk mengajar kami semua cara utk mengambil keretapi ke Sydney dan serba sedikit pengenalan terhadap bandar tersebut. Pagi Rabu tuh, Sume kumpul kt Stesen Broadmeadow dan Ben yg kecewa x dpt ikut hanye mampu membeli dan memberi tiket kpd kami. Mungkin kerana kekecewaan yg teramat, setelah bagi2 tiket, die berlalu tanpa melambai mahupun menoleh ke belakang.


Tiket yg diberi oleh Ben. (pandangan dpn & belakang)

Train ke Sydney bertolak tepat kol 8.04 pagi. Perjalan ke Sydney mengambil mase lebih kurang 2 jam setengah. Sampai2 kt Sydney, seperti mana2 perjalanan yg jauh, tempat pertama yg dikunjungi sudah pastila bilik air. Lepas Bobo dan yg lain2 selesai dgn urusan mereka di bilik air, Alison membawa kami pusing2 ke beberapa landmark bandar Sydney. Antara tempat2 yg dimaksudkn termasuklah Sydney Opera House, Sydney Harbor Bridge Sydney Hospital dan byk lagi. Secara peribadi, bende plg bes pd ari2 merupakan pengalaman berjalan sepanjang Sydney Harbor Bridge. Waloponn penat gle sbb sebelum menapak kt jambatan tu, da berbatu2 gk kami sume mengembara, tp pemandangan dr atas jambatan tu yg sgt la menakjubkan sehingga menghilangkn segala penat semput seisi badan. Ktorg gk sempat menaiki Sydney Ferry selama beberapa minit, sekadar utk blagak ng org yg belum naik ferry tu lg.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Pemandangan sekitar Sydney.


Novocastrians menggegar Sydney.

Secara keseluruhannya, selain dari suhu yg panas mendidih dan juga hurungan kawanan lalat yg idak mengenal erti penat lelah, excursion kali ni merupakn satu pengalaman yg menyerenokkn lagi berguna. Waloponn sume terjelepuk kepenatan umpama kain buruk pengelap dapur, setiap titik peluh yg dititiskn dirasakan berbaloi dgn pengalaman yg ditimba. Cuma rasenye, kalu org tanye lepas ni mane lg bes, Sydney ke Newcastle, rasenye aku akan kate Newcastle lg kott. Waloponn Sydney sgt lively dan happening, tp bak kate Bobo, derg xde Bro Arief, wahuahuahuahuah. Akhir kata, tengkiu Alison, dan wassalam.

Australian Reptile Park

Monday, October 24th, 2005

Setelah satu minggu yg dipenuhi tut’, readings dan presentations, muka kanak2 IMS yg seposen kembali menjadi lima posen apabila telah tiba masa yg dinanti2kn utk lagi satu excursion. Kali ini Pat mengiringi kami ke Australian Reptile Park yg terletak di Gosford, sebuah pekan lebih 1 jam perjalanan dr Newcastle. Kalu Zaizul yg bwk ada ura2 mengatakan masa perjalan yg bakal diambil hanyalah 40 minit. Tidak ketinggalan bersama kami ialah John Bryce, pemandu bas yg ceria lagi berbahaya. Meeting point kali ini adalah di Turana Pde, di mana sume kanak2 masuk ke dalam rumah tersebut dan megacau mak farid yg sdg memasak kuzi.
Pagi tu sume berkumpul kt Turana, di mana Farid dan ibu yg dicintainya menginap buat sementara. Kanak2 IMS yg begitu excited kerana kali pertama berpeluang ke rumah Turana lantas menyerbu ke dalam rumah dan membuatkn Farid dan ibunya terperosok di dapur. Ble Pat ng John sampai ke perkarangan Turana, Pat greet mak Farid, dan berlepasla kami ke Gosford. Semasa kami menaiki bas, Farid kelihatan sgt keciwa kerana waloponn telah mengenen dgn sedaya upaya, dia masih lagi tidak berjaya mengejoin kami ke Goford.


Ketika kanak2 IMS berkumpul, kelihatan Farid mengenen dgn gaya bersahaja.

Dlm perjalanan ke Gosford, tatau la ng org lain, tp saye tdo je. Seda2 da dkt highway exit ke Gosford. Sampai kt Australian Reptile Park, beli2 tiket, cop2 tgn, ktorg sume dibwk ke tempat pembuatan anti-venom. Kt ctu byk la ular2 cam King Cobra, Rattlesnake dan juga spider2 cam Sydney Funnel Web, iaitu antara spider yg plg berbahaya di dunia! Lepas tu cam xde mende sgt, just pusing2 sekitar park tuh, melihat kwsn yg rasenye Zoo Melaka lg bes. Kalu die lg bes dr Zoo Melaka maybe sbb die ade kangaroo, platypus ng wallabies kot. Ble sume da penat dan x sanggup jln lg, lps smayang zohor, sume naik bas dan bersedia nk bertolak blk.


Lawatan ‘pintu belakang’ kanak2 IMS.


Lawatan ‘pintu depan’ kanak2 IMS.

Dlm perjlnn balik, John dgn sesuka hati telah keluar dr tentatif perjalanan dgn membawa kami ke Gosford Edogawa Commemorative Garden. Kt ctu ade satu taman yg dibuat ala2 taman kt Jepun. Mase tu dpt la tgk muka2 yg tersengih kambing kerana perasan cm berada kt Jepun. Kt taman tu gk John menunjukkn skill bermain cemeti yg julung2 kali dilakukan di dpn ktorg.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sekitar taman jeponn.

Ble sesi kt taman jeponn da abiss, John skali lg melanggar tentative dgn membawa kami ke Ourimbah Campus (salah satu kampus Newcastle Uni). Mase tu ponn ramai yg da terkorban dlm bas, so John yg merasakn usahanya tidak dihargai terus memandu laju dan menghantar kami pulang ke rumah masing2.

Farid yg Girang

Sunday, October 23rd, 2005

Pd 22 Oktober 2005, satu lawatan tidak rasmi oleh seorang pegawai MARA (yg juga merupakan ibu kandung kepada Farid) bersama2 suaminya (yg juga merupakan bapa Farid :p~) telah sampai ke bumi Newcastle. Kanak2 Malaysia di Newcastle yg tidak pernah dilawati oleh mana2 pegawai mahupun bangsawan sangat berdebar menanti ketibaan ahli2 rombongan yg turut membawa kerepek2 tradisional dr Malaysia seperti kerepek ubi dan kerepek bawang. Sesampainya di bumi Newcastle, tiada paluan kompang yg kedengaran (kerana kulit kangaroo idak sesuai dibuat kompang), sebaliknya hanya bunyi perut kosong yg berkeroncong menghiasi suasana, semuanya menanti utk dipenuhi dgn kuih tart nenas. Dukacitanya, mungkin kerana ketiadaan paluan kompang, gendang dan tarian naga, bapa Farid bergegas ke Canberra pd hari berikutnya atas urusan pejabat (bukan utk membeli kompang). Mujurlah ibu Farid masih bersama2 kami sehingga 27/10. Kehadiran ibu Farid di sisi kami sedikit sebanyak telah mengubat kerinduan terhadap masakan2 Malaysia yg telah lama tidak dihidu baunya. Antara menu yg tidak dpt dilupakan ialah ‘Murtabak Ajaib’ dan ‘Kuzi Keramat’. Namun semua itu tidak dapat menandingi kenangan melihat air wajah Farid yg girang-gembira yg belum pernah dilihat sebelum ini krn dpt bersama ibu-bapa tercinta. Kini ibu farid telah meniggalkn kami, hanya duit raya 10aud yg diberikn dpt dijadikn tanda ingatan. Sudi2 la dtg lagi ye aunty. Taa…(thank you versi aussie)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saksikanlah senyuman kegembiraan yg terukir di wajah Farid

Ramadhan? Camping?

Saturday, October 8th, 2005

Setelah sekian lame menyepi, kini saye kembali dgn perkembangan terkini kanak2 IMS di Uni Newcastle nih. Tak cam umat Islam yg lain di Malaysia mahupun di serata dunia, Ramadhan kali ini bagi kami agak istimewa. Selain kali pertama berpuasa jauh dr keluarga dan tanah air tercinta, permulaan Ramadhan kl ini sagatlah luar biasa. 1st day Ramadhan (Rabu, 5 oktober), kami ke Mangrove Mountains utk bercamping! Ni sume kepale Abg Ben aa nih. So ari2 btolak dlm kol 2 ptg, sampai dlm 330 ptg kot. Aktiviti yg dilakukn di sane sgtlh menarik termasuklah ‘Berkayak2 ke Tepian’, ‘Kelas Melontar Frisbee Bersama Abg Ben’, ‘Mari Memakruhkn Puasa di Kolam Renang’, ‘Abg Ben dan 500 nye’, Ab-sailing, ‘Musang Berterbangan’, ‘Berjln di Atas Tali Ala2 Royal London Circus’, ‘Buaian Gergasi - Simulasi Membunuh Diri’, Memanah dan lain2. Di sebalik aktiviti yg tidak menyumbang kpd saham akhirat ini, Alhamdulilah kami masih gagah berpuasa, dan bertarawih. Kami berada di kem tersebut selama 3 hari 2 mlm, dan pulang pd ptg Jumaat. Secara keseluruhannya, aktiviti2 yg dilakukn di kem tersebut sgt la bergune dlm pembangunan keyakinan diri (chewaaahh…) di samping merapatkn silaturrahim. Maaf dipohon krn idak mampu berbicara pjg ttg aktiviti kali ini krn pengarang sdg dibebani tugasan drpd sape lg kl bkn Abg Ben! Nikmatila gamba2 yg disertakn sbg halwa mata dan pengubat rindu terhadap diri kami yg jauh di perantauan ini. Akhir skali, Slamat Menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelum2nya. Wassalam…



Aksi2 Abg Ben serta anak2 jagaannye bermain 500 dan Uno.

Keselamatan, Persediaan dan Musang Berterbangan

Ab-sailing

Berjln di Atas Tali Ala2 Royal London Circus

Berunggun api di kala mlm

Buaian Gergasi - Simulasi Membunuh Diri

Aktiviti sampingan: Kelas Menari Allison, Game tradisional Malaysia - Cap Kalicap, Memanah Bersama Monty